Poliklinik & Pusat Bersalin Barakah

Staff Log In                 facebook 

 

BARAKAH HEALTHCARE AND SERVICES SDN BHD berhajat untuk mempertingkatkan peranan sebagai penggerak perubahan didalam masyarakat Malaysia. Pengasas-pengasasnya telah mencetuskan idea untuk menubuhkan Kelab TUNAS BARAKAH.

Penubuhannya berniat untuk melaksanakan aktiviti pendidikan yang melibatkan anak yang telah dilahirkan di Pusat Bersalin Barakah, remaja yang masih bayi ke bangku sekolah rendah dan menengah sehinggalah ke menara gading dan seterusnya.

Kelab TUNAS BARAKAH telah ditubuhkan dan diharapkan akan dapat melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menarik minat anak-anak Barakah, golongan remaja untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akedamik, di samping melatih mereka dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan dari pangkuan ibu sehingga mereka dewasa.

Tujuan Penubuhan Kelab TUNAS BARAKAH

Membantu keluarga anak yang dilahirkan di Pusat Bersalin Barakah dalam pendidikan semasa remaja berlandaskan modul yang bersepadu dan terancang.

Memahami dan membing anak Barakah dan remaja lain dalam menangani permasalahan yang dihadapi.

Mewujudkan jaringan dan kerjasama antara ibu bapa dengan institusi khidmat social dan NGO yang mempunyai tujuan yang sama.

Aktiviti Kelab TUNAS BARAKAH

Kelab TUNAS BARAKAH diharapkan akan mengadakan aktiviti yang sesuai untuk remaja samada di peringkat kebangsaan mahupun negeri.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:

Perkhemahan Kem Bimbingan dan Kaunseling
Program Khidmat Bakti Masyarakat 
Persediaan untuk menyertai Misi-misi Kemanusiaan
Lawatan-lawatan Sambil Belajar
Perlawanan Sukan seperti Futsal dan bolasepak

Pada peringkat ini Kelab TUNAS BARAKAH masih pada peringkat konsep dan pernah menerbitkan 'Newsletter' satu ketika dahulu, namun demikian satu perancangan penubuhan yang lebih lengkap dan tersusun sedang dirangkakan oleh pihak pengurusan Barakah Healthcare and Services Sdn Bhd.

Pintu untuk menerima cadangan dan sumbangan idea masih terbuka untuk semua yang berhajat untuk menjayakan konsep ini.

Dari Pihak Pengurusan 
Barakah Healthcare and Services Sdn Bhd